Fakta ke Auta

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg4yOrwsIMyrKrZTUPw_wj4K3NEcmm2UAcgtGESlIoykm9f_j650ICRhxxw5qAruueIceJy0N8d89fTIXsB8Tva72Q008ExEjD92iQ3WZzBArlxugmh4EH8uQQlU-DY2lLctp91btySnA/s400/confused-face2.jpg

Hampir semua beruang berbadan besar

pening lalat terjadi bila kita perhatikan lalat terbang ke sana kemari

Ayam tidak boleh berdiri 1 kaki di atas cerun manakala lembu tidak pandai turun bukit

pen merah selalu couple ngan pen biru manakala pen hitam hanya kacau daun

gam tidak akan melekat selagi belum kering

warna kuning umpama emas berharga manakala gigi kuning umpama tembaga

burung murai pandai menyanyi manakala biawak tidak pernah berkaraoke

katak akan serba salah untuk menyanyi bila hujan panas

Bas biasanya besar untuk mengangkut orang beramai ramai bukan untuk mati beramai ramai

ikan sardin tidak berasa panas bersesak sesak dilaut dan dalam tin tapi kepanasan bila dipanggang atas api

ramai orang ada laptop dan broadband melihat porno bersendirian

kapal terbang tak sama dengan gigi terbang

di dalam sebuah kem pasti terdapat ruang kosong

jam tidak pernah diletak dalam jamban.

kucing akan lari bila tikus memegang bom manakala tom dan jerry adalah pelawak yang terkenal

sayur kucai tidak boleh dibuat tali kasut

berus gigi boleh betukar menjadi berus kasut

mata menjadi juling jika melihat objek yang berada atas hidung

tapir tidaklah sehodoh dubuk

manakala leher zirafah akan menyangkut bila masuk rumah

Ga+jah =gajah -jah +jus = gajus

ketam akan lari ke kanan atau ke kiri

toleh ke kanan dan kiri semasa melintas jalan akan menyelamatkan nyawa anda dengan syarat tidak menutup mata

bola tidak dapat ditendang jauh sekiranya diperbuat dari besi

piring yang terhempas tidak semestinya pecah berkecai jika diperbuat dari plastik manakala kaca bukanlah permata

kanak kanak yang main mercun putus tangan tidak boleh membilang dengan jari dari 1 sampai 10

seluar dalam jika dipakai diluar seluar memberikan kuasa superman

hampir semua orang di tanjung rambutan tidak pernah menjadi doktor sakit jiwa

kebanyakkan kera dan monyet tidak control hensem n control ayu bila digambar

manakala batman sepatutnya makan buah atau hisap darah

mentol sering menjadi simbol idea dalam kartun

tapak kaki adalah bahagian paling bawah manusia

mencari jarum amat mudah jika dibuang bersama benang panjang

tukul jika terbalik sangat susah digunakan

jarang jarang sekali tempuling mengenai hidung ikan paus

kacang tanah tidak sesuai dijadikan minuman seperti kacang soya

manakala tikus hanya dapat membawa lari kacang tidak lebih dari satu guni

kuman tidak disabitkan kesalahan setelah membunuh orang secara beramai ramai

rejim zionis boleh mati dispray dengan racun nyamuk

labah labah tidak pandai membuatkan sekali pun pandai memintal benang

manakala rambutan tiada rambut seperti orang hutan

ikan jalak lebih pajang dari hidung jalak lenteng

taik hidung masin kerana menjadi jeruk

menanam padi menggunakan chopstik adalah cara paling mudah untuk tension

manakala mencabut gigi beruang cara paling mudah untuk menempah maut

garfu tidak mempunyai banyak kelebihan berbanding sudu manakala sudu kuah adalah paling tamak

keretapi sepatutnya digelar kereta panjang

belacan jika disapu ditangan kera menyebabkan kera gila dan mati

manakala buaya adalah haiwan yang paling tidak pernah jinak

sesumpah akan mati bila diletak dibawah lampu kelab malam

kesalahan terbesar pelari sukan ialah berhenti sebelum sampai garisan penamat kecuali disuruh
bila kita melihat cermin kita hanya melihat cahaya manakala perbuatan memecahkan cermin di kepala adalah sia sia

memisahkan garam dan gula boleh dibantu oleh semut

Anai anai adalah makhluk perosak suka buat perumahan haram

jika anda berbogel ditengah jalan akan menyebabkan jalan sesak

Haiwan yang senang dipelihara tanpa diberi makan ialah cicak rumah  
0 Responses