Ini merupakan suatu helah matematik yang amat menyeronokkan, anda boleh cuba helah ini kepada rakan atau kumpulan. Beritahu rakan (kumpulan) untuk berfikir tentang hari lahir mereka ..... dan anda akan meneka.
Langkah 1:
Beritahu rakan (kumpulan) untuk memilih angka bulan yang mereka lahir. Cthnya Januari = 1, Februari = 2, Mac = 3 dsb.
Langkah 2:
Darabkan angka tersebut dengan 5.
Langkah 3:
Kemudian tambahkan dengan 6.
Langkah 4:
Kemudian darabkan jumlah tersebut dengan 4.
Langkah 5:
Kemudian tambahkan dengan 9.
Langkah 6:
Kemudian darabkan sekali lagi jumlah tersebut dengan 5.
Langkah 7:
Akhir sekali suruh mereka campurkan jumlah tersebut dengan hari lahir mereka. Sekiranya mereka lahir pada 16 haribulan, maka angka yang perlu ditambah ialah 16.
Suruh mereka beritahu jumlah akhir tersebut dan secara senyap anda tolakkan jumlah tersebut dengan 165. Jawapan yang anda perolehi merupakan bulan dan hari yang mereka lahir. Cth 116, maka bulan ialah 1=Januari dan hari ialah 16 haribulan.
Selamat Mencuba